{{ 'fb_in_app_browser_popup.desc' | translate }} {{ 'fb_in_app_browser_popup.copy_link' | translate }}

{{ 'in_app_browser_popup.desc' | translate }}

MENU TROLI {{currentCart.getItemCount()}}
The maximum number of items is 100, please adjust the quantity and purchase again

Mengenai Pengeposan & Penghantaran

S1: Adakah anda menerima dan menghantar pesanan luar negara?

J1: Buat masa sekarang kami hanya menerima dan menghantar pesanan di Malaysia dan Singapura.


S2: Berapa lamakah anggaran tempoh bagi setiap penghantaran pesanan? Bilakah saya boleh jangkakan untuk menerima pesanan saya?

J2: Kami akan menyerahkan pesanan anda kepada pihak perkhidmatan kurier dalam masa dua hari bekerja setelah menerima pesanan anda. Kebiasaannya, anda boleh menjangkakan untuk menerima pesanan anda dalam tempoh lima hingga tujuh hari. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa jangkaan masa penghantaran sebenar bergantung kepada aturan yang dibuat oleh pembekal perkhidmatan kurier.


S3: Adakah saya boleh mengemaskini alamat penghantaran setelah membuat pesanan?

J3: Harap maaf, kami tidak dapat menukar maklumat penghantaran setelah pesanan diterima. Sebagai alternatif bagi menyelesaikan permasalahan diatas, anda boleh batalkan pesanan yang telah dibuat dan membuat pesanan semula dengan alamat baru yang anda inginkan.


S4: Berapakah kos penghantaran?

J4: Jumlah kos penghantaran akan dipaparkan pada halaman “checkout” setelah anda isikan maklumat dan alamat penghantaran anda.


S5: Apakah maksud bagi “door to door service”?

J5: “Door to door service” adalah kemudahan servis penghantaran terus kedepan pintu rumah anda, bertentangan dengan khidmat penghantaran biasa yang selalunya meninggalkan pek pesanan anda di lobi bangunan atau di “parcel hub”. Servis ini sangat bermanfaat khususnya buat mereka yang menetap di bangunan residensi bertingkat. Walaupun begitu, ditegasakan sebelum anda memilih untuk menggunakan servis ini sila dapatkan pengesahan dari pihak pengurusan bangunan sama ada mereka memberikan akses penghantaran ‘pintu ke pintu’ didalam permis mereka.


S6: Berapakah kos bagi servis “door to door service”?

J6: Caj bagi servis ini adalah berdasarkan total berat produk yang anda beli. Jika berat total pesanan anda adalah kurang dari 50kg, caj yang dikenaakan adalah RM50. Bagi pesanan dengan total berat yang melebihi 50kg pula caj yang dikenakan adalah sebanyak RM100.


S7: Bagaimanakah cara untuk memilih menggunakan service “door to door” ini?

J7: Anda boleh memilih untuk menggunakan servis ini dengan tekan “klik” pada ruangan “door to door service” yang dilampirkan pada halaman “checkout”.


S8: Bolehkah saya memilih untuk mengambil pesanan saya di “Experience Showroom” anda?

J8: Pilihan pengambilan sendiri (self pick -up) hanya tersedia secara eksklusif di “Flagship Showroom” kami di Muar Johor. Untuk membuat pilihan pengambilan sendiri, sila hubungi khidmat pelanggan kami.


S9: Bolehkah saya membuat pesanan sekarang dan jadualkan untuk proses penghantaran kemudian?

J9: Semestinya, anda boleh teruskan untuk membuat pesanan anda dan nyatakan tempoh penghantaran yang anda ingini. Kami boleh menahan pesanan anda sehingga 6 bulan.


S10: Bolehkah saya meminta untuk tarikh penghantaran yang spesifik?

J10: Harap maaf, kami tidak dapat menjamin pihak penghantaran kami dapat menghantar pesanan anda pada tarikh tertentu. Walaupun begitu, kami boleh lampirkan notis pada kotak pesanan anda dan maklumkan pada kakitangan kurier penghantaran mengenai tarikh yang anda inginkan.


Mengenai Produk


S11: Bahan apakah yang digunakan pada produk anda?

J11: Produk kami adalah diperbuat daripada Kayu Keras Hevea (atau dikenali sebagai kayu getah) dengan simpul kayu semula jadi.


S12: Adakah produk anda kalis air?

J12: Secara amnya, dalam penggunaan biasa, tidak sepatutnya ada sebarang masalah.  Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan untuk mengelak daripada meninggalkan produk di luar rumah untuk tempoh yang lama atau menenggelamkannya di dalam air.


S13: Adakah produk anda didatangkan dengan warna kayu yang lain?

J13: Tidak, produk kami disediakan dengan warna semula jadi kayu getah dengan salutan lapisan kemasan yang jernih bagi memaparkan keindahan semula jadi kayu getah. Walaupun begitu anda boleh memilih untuk cat perabot kami menggunakan cat berasaskan air mengikut kesukaan anda.


S14: Adakah saya harus membuat pemasangan sendiri bagi produk yang saya beli?

J14: Iya, semua produk kami memerlukan anda untuk membuat pemasangan sendiri. Kami telah mereka produk kami agar mudah untuk dicantumkan bersama. Semua produk kami didatangkan dengan perkakas yang diperlukan dan arahan pemasangan yang komprehensif. Jika anda memerlukan bantuan pemasangan, perkhidmatan pelanggan kami sedia membantu. Sila ambil perhatian bahawa caj tambahan  akan dikenakan bagi servis pemasangan dan kini hanya ditawarkan di kawasan Lembah Klang, Seremban, Melaka dan Muar.


S15: Adakah saya boleh membuat pesanan khusus untuk perabot?

J15: Tidak, kami tidak menerima sebarang pesanan khusus bagi perabot. Kesemua produk kami didatangkan secara pra-desain dan pra-pakej.


S16: Adakah produk anda didatangkan dengan jaminan?

J16: Iya, semua produk kami dilindungi oleh jaminan terhadap kecacatan pengeluar. Jika anda menemui sebarang kecacatan semasa anda menerima produk kami, atau semasa pemasangan atau semasa anda menggunakan produk kami, sila laporkan kepada khidmat pelanggan kami. Kami akan segera memberikan penyelesaian.


S17: Adakah produk anda sesuai untuk digunakan di luar?

J17: Kami tidak sarankan untuk menggunakan produk kami di luar. Terdedah kepada sinaran matahari dan hujan yang berpanjangan mampu menggurangkan jangka hayat produk kami.